Bayaran penuh di depan untuk kunci unit kereta korang. Kami tempah hotel sebaik bayaran masuk, sebab tu penginapan dalam pakej tour tak boleh dikembalikan selepas H-7.
Lihat syarat penuhKenapa korang pilih kami
Pilih pakej & kenderaan
Harga dikira per kenderaan, bukan per orang. Hari ketibaan dan hari pulang ialah half day (sehingga 6 jam). Hari pertengahan ialah full day (sehingga 10 jam).
Hari pertengahan: full day, sehingga 10 jam. Tempoh termasuk perjalanan, makan dan lawatan. Kalau tiba jam 9 pagi dan mula jalan, hari pertama dikira full day.
Foto ilustrasi model kenderaan.
Kalau perjalanan korang lebih panjang atau ada permintaan khas, bagitahu kami di WhatsApp. Kami sediakan sebut harga mengikut pakej korang.
Tanya pakej custom di WhatsAppKorang pilih tempat, ikut zon
Setiap hari, pilih satu zon dan sehingga tiga destinasi utama. Kami bantu atur route ikut zon yang korang pilih.
Halal & solat, kami jaga
Makan bayar sendiri ya. Kami tolong carikan tempat yang halal.
Apa yang termasuk, apa yang tak
- Kenderaan private dan pemandu
- Petrol, parking dan tol
- Transfer lapangan terbang ikut jadual
- Bantuan atur route ikut zon
- Hotel atau villa (kami boleh tolong carikan, harga berasingan)
- Makan
- Tiket masuk dan aktiviti
Share bajet dan kawasan pilihan. Kami boleh bantu carikan hotel atau villa, dengan harga penginapan diberi berasingan.
Cara tempah, 3 langkah je
Bayar, batal & tukar tarikh
- Batal lebih awal dari H-1: duit dikembalikan dalam 7 hari bekerja
- Batal H-1: boleh reschedule
- Batal hari H: ditolak harga transport satu hari, baki boleh reschedule
- Reschedule maksimum 1 bulan dari tarikh trip bermula
- Batal sehingga H-7: refund penuh, ditolak caj transfer
- Batal selepas H-7: semua bayaran penginapan tak boleh dikembalikan, sebab pihak hotel tak benarkan refund. Bahagian transport ikut syarat transport di atas.
Ada apa-apa berubah? WhatsApp kami dulu, kita settle sama-sama.
Soalan lazim
Makanan halal macam mana?
Kami carikan kedai dan restoran halal ikut route trip korang. Makan bayar sendiri.
Macam mana pasal solat?
Kami ajak singgah surau atau masjid yang sehaluan dengan route.
Pemandu Muslim ke?
Ya, pemandu Muslim.
Kena bagi tip?
Tak perlu. Tanpa tipping.
Kenapa kena bayar penuh di depan?
Untuk kunci unit kereta korang pada tarikh tu.
Boleh tukar tarikh?
Boleh, maksimum 1 bulan dari tarikh trip bermula. Butiran ada di bahagian “Bayar, batal & tukar tarikh”.
Berapa orang muat satu kenderaan?
Avanza dan Innova sehingga 6 orang. Hiace sehingga 12 orang.
Harga termasuk hotel dan makan?
Tak. Hotel, makan, tiket masuk dan aktiviti tak termasuk. Kami boleh tolong carikan hotel atau villa, harga berasingan.







