Terakhir dikemas kini: 18 November 2026
Dasar ini terpakai kepada semua tempahan transport dan pakej tour melalui Jom Pegi Bali. Bayaran penuh dibuat di depan untuk mengunci kenderaan dan jadual anda. “H” bermaksud hari pertama perkhidmatan bermula.
1. Transport (carter kenderaan dengan pemandu)
| Bila anda batal | Apa yang berlaku |
|---|---|
| Lebih awal daripada H-1 | Bayaran balik penuh dalam masa 7 hari bekerja. |
| H-1 | Tidak ada bayaran balik, tetapi boleh dijadualkan semula. |
| Pada hari H | Caj satu hari perkhidmatan ditolak, dan baki dikira mengikut jadual yang masih berbaki. |
Penjadualan semula boleh dibuat sekali sahaja, dengan tarikh baru dalam tempoh maksimum 1 bulan daripada tarikh asal, dan tertakluk kepada kekosongan kenderaan.
2. Pakej tour (termasuk penginapan)
| Bila anda batal | Apa yang berlaku |
|---|---|
| Sehingga H-7 | Bayaran balik penuh ditolak yuran pindahan bank. |
| Selepas H-7 | Bahagian penginapan tidak boleh dikembalikan, kerana kami telah menempah dan membayar hotel untuk anda. Bahagian lain mengikut keadaan, dan kami akan terangkan dengan jelas. |
3. Cara membuat permohonan
Hubungi kami melalui WhatsApp +62 821-3771-904 atau e-mel [email protected], dengan nama dan tarikh tempahan. Tarikh kira bermula daripada masa mesej anda diterima oleh kami.
4. Bayaran balik
Bayaran balik yang layak dibuat kepada kaedah bayaran asal atau akaun yang anda tentukan. Yuran pindahan, jika ada, ditanggung oleh pelanggan.
5. Hubungi kami
PT. Gerbang Wisata Indonesia (“Jom Pegi Bali”, “kami”)
Akta Pendirian: AHU-A013802.AH.01.31 · NIB: 2710230043605
E-mel: [email protected] · WhatsApp: +62 821-3771-904